Merisik
Sebelum
sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan
mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang
diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda
peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum
peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri
daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak
dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa
perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa
perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan
pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses
risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam
pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati
sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat
sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu
itu.
Jika
risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian
itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan
adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai
berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas
oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah
susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
Meminang
Apabila
ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat
daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu
mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila
ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri
pada hari itu juga.
Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada
malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk.
Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya
sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya
hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya
mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu
boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi
buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan
boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi
kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh
mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah
seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu
dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah
bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja
barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu
berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari
berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya
bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi
diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik
dan buruknya mimpi itu.
Bertunang
Setelah
selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki
untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang
digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki
lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan
mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana
mimpi buruk.
Jika
mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki
dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika
tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang
sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di
depan pengadilan adat.
Hantaran
kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor.
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini
dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.
Alat
untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong
dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.
Sebuah
tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing,
mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak.
Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat
beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan
majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis
pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah
darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta
bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau
tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis
dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan
suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum
boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh
bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau
dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya
majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk
membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini
dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh
sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.
Majlis Perkahwinan
Hantaran
kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor.
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini
dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat
pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau
(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini
juga dibawa pada hari perkahwinan.
Jenis
makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau
tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan
disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.
Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada
hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.
Selain
daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa
barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis
hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan,
juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat
perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta
bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau
tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis
dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat
mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada
besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk
membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini
dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh
sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.
Majlis
perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling
penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon
pinisi iaitu upacara menukar
gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan
duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian
tradisional berwarna hitam.
Di
hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam
nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian
kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut
cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun
dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti
dengan pertunjukan tarian sumazau.
sangat membantu.. terima kasih
ReplyDeletecukup bermanfaat. Thanks!
ReplyDeleteTHANKS!
ReplyDeleteWelcome
Deletethanks girls
ReplyDelete😊
ReplyDeleteThanks for sharing the details.
ReplyDeleteAda sesiapa yang tahu berkenaan dengan pihak yang terlibat seperti ajen dalam menguruskan perkahwinan mengikut adat seperti yang disebut di atas?seboleh-bolehnya di Kota Kinabalu. Terima kasih.
ReplyDeleteInfo yg Sgt membantu moga info2 ini mmudahkn niat saya untuk bertunang dgn bakal saya trimksih
ReplyDeleteInfo sangat lengkap dan membantu saya
ReplyDelete